Thursday, March 31, 2011

Javier Hernandez Perlu Dijaga Dengan Teliti.. Ferguson

Chicharito Dijaga Bagaikan Anak Emas Di Old Trafford Selepas C. Ronaldo

Sir Alex Ferguson berkata Manchester United sedang menjaga Javier Hernandez dengan layanan istimewa bagi membantunya melalui kempen sulung Liga Perdana.
 
Apabila Ferguson meninggalkan tabiat biasanya memberi pemain cuti rehat tambahan selepas terlibat dengan Piala Dunia bagi memastikan Hernandez serasi dengan rakan sepasukan barunya sewaktu jelajah musim panas di Amerika Syarikat, dia sendiri tidak menyangka impak yang bakal diberikan oleh pemain cilik Mexico itu.
 
Lambakan gol sejumlah sembilan gol dalam 15 perlawanan telah meletakkan catatan Hernandez ke 16 musim ini, 10 datang dari aksi liga.
 
"Javier alami musim yang hebat," kata Ferguson.
 
"Kami perlu jaganya kerana dia bermain di Piala Dunia tahun lalu dan ini musim pertamanya di Liga Perdana.
 
"Kami sedang cuba kekalkannya dalam keadaan sesegar mungkin bagi hadapi perlawanan penting yang bakal tiba."
 
Namun, Ferguson mengakui dia tidak dapat meminta lebih lagi dari pemain yang tidak dikenali di Britain sewaktu dia menyertai United dari Chovas musim bunga lalu.
 
"Dia seorang pemain hebat," kata Ferguson.

No comments:

Post a Comment