Bryan Robson Tetap Ke Asia
Lagenda bola sepak England dan Manchester United akan tetap mengambil bahagian dalam Jelajah Asia melalui tiga bandar di Asia walaupun baru sahaja melaui pembedahan kanser tekak pada awal bulan ini.
Robson dikenali sebagai Capitan Marvel untuk para penggemarnya, Robson 54-tahun akan mengumpul dana untuk UNICEF Bangkok di makan malam gala di Bangkok pada tarikh 6 April, Kuala Lumpur pada tarikh 8 April dan di Hong Kong pada 9 April.
3 Mac yang lalu, Robson menjalani operasi pembedahan di Hospital Bangkok, Thailand untuk membuang Tumor dan Robson mengatakan dirinya sungguh bertuah kerana ia tidak seteruk yang disangka dan menyatakan ia mampu untuk mengikuti jelajah 3 negara Asia bulan April ini.
Bekas penggempur Manchester United, 39 tahun, Andrew Cole akan bergabung Robson dalam penjelajahan tersebut. Dia mengatakan, sangat luar biasa untuk memiliki rakan sepasukan bergabung dengannya dan bahawa mereka berdua tidak sabar untuk bertemu peminat mereka di Asia dan mudah-mudahan membuat dapat mengubah kehidupan anak-anak miskin dengan cara mengumpul dana.

No comments:
Post a Comment