Saya Gembira Walau Dengan Satu Piala Musim Ini...
Sir Alex Ferguson berkeras dia akan mempertimbangkan musim yang berjaya jika Manchester United membawa hanya satu piala ke Old Trafford.
Pasukan bimbingnya ada peluang untuk menyamai hero-hero United pada 1999 yang pada ketika itu memenangi Treble, Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan Piala FA yang juga masih dilalui oleh mereka.
Tetapi pengurus dari Scotland itu berkeras dia akan berpuas hati melihat United membawa hanya satu piala saja.
"Kami mempunyai peluang (untuk treble), ini amat sukar. Lebih sukar daripada sebelum ini. Kami akan lakukan yang terbaik," jelas Ferguson.
"Saya sentiasa jauhi perasaan begitu, ketamakan memenangi 3 trofi, jika ada satu gelaran besar anda akan gembira dengannya."
"Jika ditakdirkan kami hanya menang salah satu trofi besar, saya akan gembira dengannya."
United kini teratas dalam liga dengan 5 mata memisahkan dengan musuh tradisi, Arsenal, sementara mereka meneruskan kempen minggu ini selepas perlawanan antarabangsa dengan berkunjung ke West Ham.

No comments:
Post a Comment