Tuesday, March 29, 2011

Nistelrooy Bakal Sertai Blackburn.....

Van Nistelrooy Tidak Sabar Kembali Ke BPL Untuk Menentang Kelab Lamanya Man Utd...

Bekas penyerang sensasi Manchester United, Ruud van Nistelrooy dilaporkan akan kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris bersama Blackburn Rovers. Berita itu disahkan sendiri pengurus Blackburn, Steve Kean. Nistelrooy yang kini bersama kelab Jerman, Hamburg akan tamat kontraknya pada penghujung musim ini bagaimanapun meminta gaji yang sangat tinggi sekiranya Blackburn betul-betul mahukannya. Penyerang berusia 34 tahun itu mahu gaji sebanyak 80,000 Pound seminggu! Ini adalah kali kedua Blackburn cuba membeli Nistelrooy. Pada 2006 Nistelrooy menolak untuk beraksi bersama Blackburn dan memilih untuk ke Hamburg selepas keluar dari Real Madrid. Pada zaman kegemilangannya bersama United, Nistelrooy memang digeruni dan menjaringkan 95 gol dalam 150 penampilan. Dalam aksi antarabangsa, Nistelrooy yang mewakili Belanda menjaringkan 34 gol dalam 69 perlawanan antarabangsa. Beliau kini dikatakan sekiranya Blackburn setuju menandatangani beliau, beliau tidak sabar kembali untuk menentang kelab lamanya Man Utd... "Saya sangat teruja untuk pulang lebih-labih lagi menjejakkan kaki sebagai lawan di Old Trafford, satu pengalaman yang sangat menarik" kata Nistelrooy.. 

No comments:

Post a Comment