Lembaga Disiplin Liga Perdana Inggeris akhirnya memberi penjelasan berkenaan hukuman yang dikenakan terhdap Sir Alex Ferguson yang melarang sama sekali Ferguson memasuki padang sewaktu perlawanan dan denda 30ribu pound.
Menurut FA, sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Fergie, Fergie telah mengkritik FA England dengan mengatakan FA memberikan kami pengadil yang tidak adil dan tidak tahu tentang undang-undang Bola Sepak dalam wawancara bersama MUTV selepas selesai pertembungan bersama Chelsea yang lalu. "Anda mehukan pengadil yang adil dan tahu tentang bola ataupun anda mahukan pengadil yang tidak adil, tapi kami tidak mendapat yang itu, saat saya memikirkan siapa yang bakal menjadi pengadil perlawanan, saya menjadi risau, risau sesuatu yang buruk bakal berlaku" kata pengurus yang berasal dari Scotland itu.
Jurucakap FA England mengatakan, mereka tidak mahu sama sekali menghukum Fergie seberat itu, namun Pengurus berusia 69 tahun itu tidak menunjukkan etika yang baik terhadap pengurusan FA dan mengatakan FA England menganggap perlawanan sebesar itu sebagai perlawanan remeh dan ambik tindakkan sambil lewa dalam memilih pengadil perlawanan. Badan Disiplin FA menegaskan, Fergie harus dihukum atas tindakkan beliau yang mengkritik dalam keadaan yang tidak profesional.
"Sebelum Fergie mahu mengkritik sesuatu, setidaknya ia harus berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, Fergie telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Mr Atkinson dan mengkritik FA juga, Fergie lansung tidak mengeluarkan kata-kata maaf atas perbuatan beliau"
Badan Disiplin FA menilai ini adalah sesuatu yang serius dan merupakan faktor utama kenapa fergie digantung perlawanan. FA juga menganggap komen Sir Alex merendahkan asosiasi dan juga tidak menghormati ofisial pertandingan," jelas mereka.
No comments:
Post a Comment