Tuesday, March 22, 2011

Undian suku akhir Liga Juara Eropah 2011


Juara bertahan European Champions League ataupun Liga Juara-Juara Eropah musim 2010-2011 iaitu Inter Milan bakal bertemu dengan pasukan dari Jerman iaitu FC Schalke 04 selepas undian bagi peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada Jumaat lalu. Salah satu perlawanan peringkat suku akhir yang bakal menjadi tumpuan seharusnya pertembungan dua pasukan gergasi EPL iaitu Manchester United dan Chelsea.
Rekod pertemuan terakhir antara dua seteru utama Liga Perdana Inggeris EPL ini menyaksikan kemenangan dramatik Manchester United ke atas Chelsea pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah tiga tahun lalu di Moscow. Kali ini, Manchester United dan Chelsea bakal bertemu lagi untuk pertembungan pusingan suku akhir pertama yang bakal berlangsung pada 5/4/2011 dan 6/4/2011 nanti.
Juara sembilan kali Liga Juara-Juara Eropah iaitu Real Madrid bakal bertemu dengan pasukan yang semakin meningkat naik dalam saingan EPL iaitu Tottenham Hotspurs yang berjaya memasuki peringkat suku akhir selepas kali terakhir melakukannya pada musim 2003/2004 yang lalu. Dengan kehadiran Van Der Vaart dan Gareth Bale sebagai perancang utama Spurs akan sedikit sebanyak memberi saingan kepada pasukan yang memiliki banyak pemain bintang seperti Crsitiano Ronaldo dan Benzema.
Sebuah lagi wakil kelab dari Sepanyol iaitu Barcelona yang beraksi cemerlang pada pusingan kedua 16 pasukan terakhir baru-baru ini menentang Arsenal apabila mencatatkan kemenangan aggregat 4-3. Barcelona akan beraksi menentang kelab dari Ukraine iaitu FC Shakhtar Donetsk dan dijangka Barcelona akan mendapat laluan mudah untuk ke peringkat separuh akhir. Berikut adalah jadual penuh perlawanan suku akhir pertama yang berlangsung pada 5/4/2011 dan 6/4/2011 nanti.
5/4/2011
Real Madrid CF (ESP) vs Tottenham Hotspur FC (ENG)
Stadium: Stadium: Estadio Santiago Bernabéu, Madrid (ESP)
Masa perlawanan: 3:45 pagi waktu Malaysia
FC Internazionale Milano (ITA) vs FC Schalke 04 (GER)
Stadium: Stadio Giuseppe Meazza, Milan (ITA)
Masa perlawanan: 3:45 pagi waktu Malaysia
6/4/2011
Chelsea FC (ENG) vs Manchester United FC (ENG)
Stadium: Stamford Bridge, London (ENG)
Masa perlawanan: 3:45 pagi waktu Malaysia
FC Barcelona (ESP) vs FC Shakhtar Donetsk (UKR)
Stadium: Camp Nou, Barcelona (ESP)
Masa perlawanan: 3:45 pagi waktu Malaysia
Pusingan separuh akhir
Tarikh: 26/27 April 2011 dan 3/4 Mei 2011
Inter @ Schalke vs Chelsea@Manchester United
Real Madrid @ Tottenham vs Barcelona @ Shakhtar

No comments:

Post a Comment