Ferguson, yang sedang bercuti di New York, masih belum setuju jumpa Thompson.
Pengerusi Liga Perdana, Dave Richards telah menrancang pertemuan tersebut, dalam usaha untuk memperbaiki hubungan yang telah rosak di antara bos United itu dengan BBC.
Richards mula bertindak selepas denda yang dikenakan ke atas Fergie semakin meningkat akibat keengganannya bercakap dengan BBC, yang merupakan penyiar rasmi Liga Perdana, sejak BBC3 menerbitkan dokumentari berkaitan anaknya yang terlibat sebagai agen bola sepak pada Mei 2004.
Ferguson mengamuk dengan dakwaan yang dibuat dalam program itu dan meminta permohonan maaf, walaupun dia tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap BBC.
Thompson, yang merupakan pengarah besar, juga sedar tiada permohonan maaf akan dibuat, namun kesediaan kedua belah pihak untuk bertemu dilihat sebagai satu usaha memperbaiki hubungan yang telah rosak itu.
Tiada tarikh telah dicadangkan untuk pertemuan Fergie dengan Thompson namun dipercayai ia akan berlaku di penghujung musim ini.

No comments:
Post a Comment