Wednesday, March 23, 2011
Lionel Messi dan Jose Mourinho Dibayar Paling Tinggi
Mac 22, 2011 - Lionel Messi dan Jose Mourinho agalah pemain dan pengurus yang di bayar paling tinggi dalam bolasepak menurut kajiselidik majalah dari Perancis France Football.
Pendapatan dan perjanjian publisiti pada 2011 untuk pemain Barcelona dan pemain bolasepak tahunan dunia sebanyak dua kali Lionel Messi berjumlah €31 juta, manakala jurulatih Real Madrid Jose Mourinho berada diatas senarai pengurus dengan pendapatan tahunan €13.5 juta.
Saingan terdekat Messi untuk pendapatan pemain bolasepak datang dari bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dengan €27.5juta, pemain Manchester United, Wayne Rooney ditempat ketiga dengan €20.7juta.
Liga Perdana Inggeris disifatkan liga paling lumayan dengan tujuh wakil dalam senarai teratas 20 pemain bergaji paling tinggi.
Dua bekas bintang Liga Perdana, David Beckham dan Thierry Henry, yang sekarang bermain di liga MLS Amerika Syarikat, diletakkan pada tempat kelima dan 11 dengan gaji masing-masing sebanyak €19 juta dan €13.6j.
Senarai 10 Pemain Dibayar Paling Tinggi Dalam Bolasepak Pada (Anggaran Pendapatan Tahunan)
1. Lionel Messi €31j
2. Cristiano Ronldo €27.5j
3. Wayne Rooney €20.7j
4. Kaka €19.3j
5. David Beckham €19j
6. Ronaldinho €18.3j
7. Carlos Tevez €15.4j
8. Franck Lampard €14.2j
9. Fernando Torres €14j
10. Yaya TourĂ© €13.8j
11. Thierry Henry €13.6j
Disenarai pengurus, Mourinho mengetuai dengan pendapatan €13.5juta setahun. Jurulatih dari Portugal itu, yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah serta Serie A dan Coppa Italia bersama gergasi Itali Inter pada musim lepas, berpindah ke Madrid pada musim panas lalu.
Mengekori dibelakang adalah pengurus Barcelona Pep Guardiola sebanyak €10.5juta dan bekas pengurus Inter Milan Rafael Benitez (€10.2juta).
Pengurus England Fabio Capello berada di tempat keempat dengan warga Itali itu menerima gaji €8.5juta.
1. Jose Mourinho €13.5j
2. Pep Guardiola €10.5j
3. Rafael Benitez €10.2j
4. Fabio Capello €8.5j
5. Arsene Wenger €6.6j
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment