Media Prima melalui TV9 dan 8TV bakal menjadi penyiar utama Liga Malaysia 2011 setelah proses mendapatkan hak penyiaran semakin hampir dan dijangka keputusan ini akan dimuktamadkan awal mei 201 iaitu awal pusingan kedua Liga Super.
Siaran langsung hanya melibatkan lima pasukan teratas dan 2 siaran langsung dalam satu masa di TV9 dan 8TV.
Ramai pihak mengalu-alukan kesediaan Media Prima menjadi penyiar utama liga terunggul di Malaysia ini, disamping dapat membantu menarik masyarakat Malaysia kembali meminati bolasepak Malaysia.
Ini juga merupakan peluang terbaik Media Prima mengambil peluang dari kebangkitan bolasepak skuad kebangsaan sepertimana berlakunya peningkatan luar biasa rakyat Malaysia membeli jersi skuad Malaysia.
Harapan peminat bolasepak Malaysia supaya semua pihak termasuk badan-badan korporat, swasta dan orang ramai menyokong kemajuan bolasepak negara. Jika bukan warganegaranya sendiri yang mengkagumi liga negara mereka sendiri, Siapa lagi yang kita perlu harapkan?

No comments:
Post a Comment