Keluarga Glazer Rancang Tolak Perbelanjaan
Keluarga Glazer mungkin akan menjadikan semua kontrak untuk pemain baru dan terkini berdasarkan sistem insentif .
Pelan itu bakal memberi kesan besar kepada usaha United untuk menarik pemain dan mengekalkan bintang mereka.
Di bawah skim itu, pemain tidak lagi menerima kenaikan gaji apabila memperbaharui kontrak tetapi akan ditawarkan insentif kewangan berdasarkan jumlah penampilan dan trofi yang dimenangi.
Malah ada pelan untuk menjadikan gaji dibayar berdasarkan berapa banyak minit pemain beraksi.
Berita tentang idea itu telah diketahui oleh pemain, yang jelas tidak gembira.
Keluarga Glazer pula tidak gembira membayar gaji pemain seperti Owen Hargreaves sebanyak £80,000 seminggu ketika dia tidak dapat bermain.
Masalah akan muncul apabila pengurus, Alex Ferguson memilih untuk merehatkan pemain kerana pastinya mereka akan kehilangan wang akibat tidak beraksi.

No comments:
Post a Comment