Monday, March 28, 2011

Ferguson puji 'SUPER Nani'

Digelar "Super Nani" Oleh Sir Alex Ferguson

Bos Manchester United, Sir Alex Ferguson berasa dia ada seorang lagi pemain Portugal hebat di tanggannya iaitu Nani.
 
Ferguson secara jujur mengakui Cristiano Ronaldo merupakan pemain 'istimewa yang datang sekali seumur hidup', dan akan sentiasa dikenang dalam sejarah ketika menyumbang 42 gol semusim ketika membantu United menjuarai Liga Juara-juara dan Liga Perdana pada tahun 2008.
 
Namun, setelah 12 bulan rakan senegaranya meninggalkan kelab untuk ke Real Madrid, Nani telah mula mengorak langkah dan menjadi pemain tunjang United.
 
Dia mungkin masih lagi mengecewakan kerana suka memegang bola terlalu lama namun dia mampu untuk menunjukkan skil yang sukar dikekang pihak lawan.
 
Pemain berusia 24 tahun menjaringkan gol ke-10nya musim ini ketika United menang derby Manchester di Old Trafford dan Ferguson mengharapkan lebih lagi dari bekas bintang Sporting Lisbon itu.
 
"Ronaldo sangat istimewa," ujar Ferguson. "Pemain sepertinya hanya datang sekali seumur hidup.
 
"Namun dia ambil masa untuk sesuaikan diri dan meningkat dalam bola sepak Inggeris. Jika membuat perbandingan, Nani lakukannya dengan lebih cepat lagi.
 
"Saya tak perlu hebohkan peningkatannya. Dia telah tunjukkan konsistensi sepanjang musim ini.
 
"Dia seorang pemenang perlawanan dan dia jaringkan gol. Dia membuat tujuh percubaan ketika menentang City dan itu sangat tinggi buat seorang winger, terutama dalam perlawanan besar.
 
"Dia kini tunjukkan kematangan. Setiap kali dia datang dekat dengan kawasan penalti anda pasti fikir sesuatu akan terjadi. Apabila anda rasa begitu, anda tahu anda ada pemain hebat."



No comments:

Post a Comment