MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dengan segera hari ini menafikan spekulasi yang mengatakan beliau akan bersara selepas musim 2010/11.
"Itu semua karut...," jawab Ferguson sebagai respon kepada laporan media.
"Saya tidak ada hasrat untuk berundur sekarang dan sekiranya saya berhasrat berbuat demikian sekali pun orang yang akan saya beritahu ialah David Gill dan ahli keluarga Glazer," tegas Ferguson.
David Gill adalah ketua pegawai eksekutif Manchester Utd manakala keluarga Glazer adalah pemegang saham utama kelab terkaya Inggeris itu.
Dengan agenda untuk merangkul gelaran juara liga bagi kali yang ke-12 masih berada dalam genggaman ekoran kekalahan Chelsea di tangan Tottenham Hotspurs minggu lalu, Ferguson langsung tidak mempelihatkan gerak-geri yang beliau benar-benar akan bersara.
"Ya memang betul, semua orang merasai dan menerima tekanan tetapi itu adalah hakikat kehidupan. Satu-satunya perkara yang akan menentukan sama ada saya kekal atau tidak di United ialah kesihatan saya, dan setakat hari ini kesihatan saya berada dalam keadaan yang sangat baik," ujarnya lagi.
Alex Ferguson dikatakan ingin pengurus Everton, David Moyes mengambil alih Manchester United apabila bersara pada musim luruh nanti (2011). - Foto www.thesun.co.uk
Beliau terpaksa membuat kenyataan terbuka mengenai masa depannya bersama United selepas akhbar-akhbar di United Kingdom membesar-besarkan berita mengenai persaraannya dan mula membuat spekulasi siapa yang bakal terpilih sebagai pengantinya.
Malah akhbar The Guardian telah memetik sumber-sumber sebagai berkata yang Ferguson telah menamakan pengantikan secara senyap itu Pengurus Everton, David Moyes.
Moyes sepertimana Ferguson adalah berbangsa Scotland dan berasal dari bandar yang sama iaitu Glasgow.
Pengurus Manchester United itu bakal menyambut hari lahirnya yang ke-69 hujung tahun ini. Beliau adalah pengurus kelab Liga Perdana Inggeris yang paling lama berkhidmat dengan sebuah kelab - menjadi pengurus Man Utd sejak tahun 1986.


No comments:
Post a Comment