Monday, March 28, 2011

Sneijder Tidak Akan Kata Tidak Kepada Man United.

Saya Hanya Mahu Bermain Untuk United Di BPL

Pemain perancang Inter Milan dan Belanda Wesley Sneijder mendedahkan beliau akan bermain di England, tapi hanya untuk Manchester United.
 
Bintang Piala Dunia itu telah dikaitkan dengan kelab gergasi Old Trafford tersebut kebelakangan ini namun beliau telah menunjukkan kesetiaannya kepada juara Eropah, Inter setakat ini.
 
Tapi kini Sneijder, yang mendakwa bekas pengurusnya di San Siro, Jose Mourinho mahu menjadi pengganti mutlak Sir Alex Ferguson, telah mengakui yang beliau mungkin akan berada di North West. 
 
Katanya: "Jika ada orang bertanya jika saya akan bermain untuk Manchester United, mustahil untuk saya berkata tidak. Bagaimana anda boleh menjawab begitu jika datang peluang untuk anda mewakili salah sebuah kelab terbesar di dunia."
 
''Saya tak fikir ada mana-mana pemain di dunia yang tidak mahu sama sekali mewakili Manchester United, dan jika ada, saya meragui mereka akan berkata benar." 
 
Sneijder telah pun mewakili beberapa kelab ternama Eropah - Ajax, Real Madrid dan kini Inter. 
Dan beliau yakin bahawa menyertai Red Devils akan menjadi destinasi sempurna apabila meninggalkan Serie A. 
 
Pemain ini menambah: ''Liga Perdana Inggeris, dari segi kelab terhebat, adalah kelab terbaik dunia dan memang indah dapat mengakhiri karier saya dengan memberitahu saya telah bermain di setiap kelab terhebat di Sepanyol, Itali dan England. 
 
''Tak begitu banyak peluang untuk mereka yang mengatakan telah melakukannya dan jika ia berlaku untuk saya saya, saya hanya mahu bersama Manchester United.''


No comments:

Post a Comment