Wednesday, March 23, 2011

Musim Pertama Yang Cemerlang...Javier Hernandez

Hernandez berjaya mencuri tumpuan apabila muncul pasangan serangan
sensasi bersama Wayne Rooney..

Javier Hernandez mengakui dia terpaksa bekerja keras di gim untuk menghadapi aksi fizikal Liga Perdana.
 
Hernandez sedang menikmati musim sulung hebat sejak tiba di Manchester United dari kelab Mexico, Chivas musim panas lalu.
 
Dua gol jaringannya menentang Marseille Selasa lalu meletakkan catatan golnya mencecah 16 gol musim ini, jumlah yang melebih jangkaannya di peringkat terkini dalam kariernya di United.
 
Namun Hernandez mendedahkan dia terpaksa meletakkan lebih usaha di belakang tabir untuk memastikan dia cukup gagah untuk menyudahkan peluang di hadapan gol.
 
Striker berusia 24 tahun itu berkata: "Saya dah lakukan lebih baik dari yang saya jangkakan."
 
"Namun saya takkan katakan ianya mudah, tiada yang mudah dalam hidup. Secara fizikalnya, saya rasa lebih gagah, saya selalu turun ke gim."
 
"Ia bukan sebab saya gemarkannya, ia sesuatu yang perlu saya lakukan kerana liga Inggeris lebih pantas dan fizikal."

No comments:

Post a Comment