Thursday, March 31, 2011

Javier Hernandez Perlu Dijaga Dengan Teliti.. Ferguson

Chicharito Dijaga Bagaikan Anak Emas Di Old Trafford Selepas C. Ronaldo

Sir Alex Ferguson berkata Manchester United sedang menjaga Javier Hernandez dengan layanan istimewa bagi membantunya melalui kempen sulung Liga Perdana.
 
Apabila Ferguson meninggalkan tabiat biasanya memberi pemain cuti rehat tambahan selepas terlibat dengan Piala Dunia bagi memastikan Hernandez serasi dengan rakan sepasukan barunya sewaktu jelajah musim panas di Amerika Syarikat, dia sendiri tidak menyangka impak yang bakal diberikan oleh pemain cilik Mexico itu.
 
Lambakan gol sejumlah sembilan gol dalam 15 perlawanan telah meletakkan catatan Hernandez ke 16 musim ini, 10 datang dari aksi liga.
 
"Javier alami musim yang hebat," kata Ferguson.
 
"Kami perlu jaganya kerana dia bermain di Piala Dunia tahun lalu dan ini musim pertamanya di Liga Perdana.
 
"Kami sedang cuba kekalkannya dalam keadaan sesegar mungkin bagi hadapi perlawanan penting yang bakal tiba."
 
Namun, Ferguson mengakui dia tidak dapat meminta lebih lagi dari pemain yang tidak dikenali di Britain sewaktu dia menyertai United dari Chovas musim bunga lalu.
 
"Dia seorang pemain hebat," kata Ferguson.

Fergie Sasar 3 Pemain Untuk Musim Baru De Gea, Rodwell, dan Wesley Sneijder

Sir Alex Ferguson berkeyakinan dalam menandatangani tiga pemain baru bagi menguatkan skuad Manchester United pada musim panas.
Penjaga gol merupakan keutamaan penting Ferguson dengan veteran Belanda, Edwin van der Sar bakal bersara pada akhir musim dan pemain Atletico Madrid, David de Gea dikatakan akan berpindah ke Old Trafford.
Midfielder Paul Scholes juga bakal bersara apabila kempen kini berakhir dengan Jack Rodwell (Everton), dan Wesley Sneijder (Inter Milan) kesemuanya dikaitkan dengan The Red Devils.
Ferguson, yang berada di New York bagi mengumumkan pelan jelajah pra-musim United di Amerika Syarikat, berkata, "Kami ada sasaran tertentu dalam fikiran ketika ini. Saya fikirkan dua atau tiga yang paling hampir, tiada persoalan tentang itu."
'Keluarga Glazer sentiasa sangat menyokong keinginan kami bagi memperbaiki pasukan."
De Gea dan Rodwell, kedua-duanya berusia 20 tahun kini di puncak senarai Ferguson ketika warga Scotland menekankan untuk membeli pemain muda terbaik.

Wednesday, March 30, 2011

Hernandez Memberi Impak Paling Besar Musim Ini.. Sir Alex Ferguson..

Wira Baru United...

Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson memuji kesan yang dibuat oleh Javier Hernandez di musim pertamanya di Old Trafford dan, dalam sebuah wawancara eksklusif dengan ESPN, Sir Alex menyokong Pemian Berusia 22 tahun dari Mexico dengan mengatakan belia "Hernandez" boleh lebih baik di masa akan datang.

Danny Welbeck Dalam Senarai Pasukan Senior England Untuk Menentang Ghana..

Welbeck Tersenarai Dalam Pasukan Senior England..

Persatuan Bola Sepak England telah mengesahkan bahawa Pemian pinjaman Sunderland Danny Welbeck telah dipanggil ke skuad Inggeris untuk persahabatan menentang Ghana.

Pemain Manchester United telah menjaringkan enam gol Liga Premier selama pindah sementara ke Stadium of Light, tampak berhasil dan telah dipanggil oleh Fabio Capello untuk diuji bersama skuad senior dalam persahabatan menentang Ghana nanti.

Capello dengan berani melakukan sebanyak 11 perubahan dalam pertembungan persahabatan melawan Ghana di Wembley dangan merehatkan nama-nama besar dan pemain-pemain utama skuad England. Tindakan berani Capello tersebut tampak menjadi dan berjaya menutup mulut-mulut pengkritik bola sepak dengan berjaya mengalahkan Wales dalam perlawanan kelayakan Euro 2012 lalu. Dalam Perlawanan Menentang Wales minggu lalu, Capello hanya menurunkan barisan yang kurang berpengalaman di peringkat antarabangsa, namun ianya berhasil dengan kemenangan. Capello dikatakan bakal melakukan kejutan sekali lagi dengan tanpa nama-nama besar dalam persahabatan menentang Ghana.

Man Utd Menjalankan Perjanjian Bersama FC Twente...

Manchester United dikabarkan siap untuk menjalankan perjanjian bersama FC Twente, juara kelab Belanda sebagai kelab yang akan memegang perjanjian Lima pemain berbakat dari Brazil yang sedang meningkat naik.

Man Utd mempunyai perjanjian kerjasama dengan Twente dan sudah ditetapkan untuk digunakan untuk membantu pemain memenuhi syarat untuk pasport Kesatuan Eropah untuk memboleh kan Lima Pemain kelahiran Brazil tersebut ke Old Trafford.

Gladstony, Aguilar, Lucas Evangelista, Agnaldo dan Rafael Leão semua telah dibawa ke Old Trafford untuk menyaksikan United menang atas Bolton yang lalu sebagai sebahagian daripada perjanjian kelab untuk miliki mereka.

Senarai Pemain Yang Cedera Bakal Menganggu Perebutan Tiga Piala Musim Ini...

Sir Alex Agak Gelisah Dengan Senarai Pemain Yang Cedera.

Sir Alex Ferguson mengakui senarai kecederaan akan membuat lebih sukar lagi bagi Manchester United untuk melakukan Treble musim ini.

The Red Devils semakin terdesak untuk mengulangi prestasi yang dicapai pada tahun 1999, apabila mereka mencipta sejarah berjaya di Liga Premier, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA.

Masa Depan Park Ji Sung Di United Menjadi Tanda Tanya...

Park Ji Sung

Masa depan Park Ji-sung dengan Manchester United semakin tidak pasti dalam perancangan pasukan untuk menguatkan barisan tengah, menurut akhbar Inggeris.

Manchester Evening News melaporkan pada Selasa bahawa pengurus Sir Alex Ferguson berniat untuk memperkuatkan barisan tengah United selepas musim ini berakhir, dan timbul keraguan serius atas beberapa pemain seperti Owen Hargreaves, Darron Gibson, Anderson dan bahkan Park Ji-sung."

harian menambah bahawa Ferguson sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk Wesley Sneijder, Rodwell dan Cherly Adams pada musim baru 2011-2012 nanti.

Park kontrak berakhir pada bulan Jun tahun depan. Manchester United biasanya akan membuat undingan satu tahun sebelum selesai kontrak, tetapi belum ada berita 3rundingan kotrak baru terhadap pemain berusia 30 tahun Korea itu setakat ini. Awal bulan ini Sunday Times spekulasi bahawa kelewatan dalam rundingan boleh menunjukkan kemungkinan Park Ji Sung akan berada satu tahap tidak selamat di United.

Media Prima Bakal Dapat Hak Penyiaran Liga Malaysia?

Media Prima melalui TV9 dan 8TV bakal menjadi penyiar utama Liga Malaysia 2011  setelah proses mendapatkan hak penyiaran semakin hampir dan dijangka keputusan ini akan dimuktamadkan awal mei 201 iaitu awal pusingan kedua Liga Super.

Siaran langsung hanya melibatkan lima pasukan teratas dan 2 siaran langsung dalam satu masa di TV9 dan 8TV.

Ramai pihak mengalu-alukan kesediaan Media Prima menjadi penyiar utama liga terunggul di Malaysia ini, disamping dapat membantu menarik masyarakat Malaysia kembali meminati bolasepak Malaysia.

Ini juga merupakan peluang terbaik Media Prima mengambil peluang dari kebangkitan bolasepak skuad kebangsaan sepertimana berlakunya peningkatan luar biasa rakyat Malaysia membeli jersi skuad Malaysia.

Harapan peminat bolasepak Malaysia supaya semua pihak termasuk badan-badan korporat, swasta dan orang ramai menyokong kemajuan bolasepak negara. Jika bukan warganegaranya sendiri yang mengkagumi liga negara mereka sendiri, Siapa lagi yang kita perlu harapkan?

Tuesday, March 29, 2011

Fergie Mahukan Bintang Scotland Charlie Adam..

Permainan Yang Memukau Menambat Minat Ferguson

Manchester United menjadi pilihan untuk memenangi perebutan bernilai £8 juta bagi mendapatkan midfielder dikehendaki, Charlie Adam, yang beraksi mewakili Scotland menentang Brazil di Emirates pada hari Ahad.
 
Pengurus United, Sir Alex Ferguson mengambil masa memantau Adam, 25, yang menjadi rebutan di antara Tottenham dan Liverpool ketika jendela perpindahan yang lalu.
 
Namun selepas perbincangan dengan Walter Smith – bekas bos Adam di Rangers – Ferguson akan terlibat dengan perebutan untuk mendapatkan pemain itu ketika dia mencari pengganti jangka panjang untuk Paul Scholes.
 
Blackpool tidak akan menghalang perpindahannya hujung musim ini dan Adam dipercayai akan terpikat dengan peluang beraksi di Liga Juara-juara, walaupun dia tidak akan dijanjikan tempat utama dalam pasukan.

Welbeck Jadi Taruhan Fergie Untuk Dapatkan Rodwell

Rodwell kini buruan Ferguson

Manchester United akan meningkatkan minat mereka terhadap Jack Rodwell dengan perpindahan musim panas ini buat midfielder Everton itu.
 
Namun pengurus Everton, David Moyes akan menimbangkan untuk melepaskan bintang mudanya hanya jika United turut menawarkan Danny Welbeck dalam perjanjian melibatkan wang dan pemain itu.
 
Striker England bawah 21 itu sedang dipinjamkan ke Sunderland, yang pengurusnya, Steve Bruce, sangat berminat untuk menandatanganinya secara tetap.
 
Namun Sir Alex Ferguson telah menegaskan Welbeck akan kembali ke Old Trafford selepas tempoh pinjamannya tamat.
 
Kini kehendak bos United itu akan diuji ketika dia mahu mengekalkan Welbeck di kelab namun pada masa yang sama dia turut berminat menandatangani Rodwell.

Kebangkitan Hebat Chicharito Bersama Mexico...

Chicharito Terus Dahagakan Jaringan Gol

Bintang kian meningkat, Javier "Chicharito" Hernandez menjaringkan dua gol pada hari Sabtu, memimpin Mexico bagi kemenangan 3-1 ke atas Paraguay dalam aksi persahabatan antarabangsa. 
 
Hernandez, yang memiliki 10 gol untuk Manchester United musim ini, menanduk bola yang dihantar oleh Pablo Barrera pada minit keenam untuk membuka jaringan, usahanya berjaya mengelakkan penjaga gol Paraguay, Justo Villar. 
 
Setelah guardado menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-29, Hernandez, 22, menambah gol keduanya pada minit ke-34 dengan cubaan dari depan gawang gol. 
 
Semasa keluar pada minit ke-65, Hernandez menerima tepukan meriah dari para penyokong Mexico. 
 
Peminat yang berkhemah sejak Jumaat malam mengubah Oakland Coliseum, yang mana rumah kepada Raiders NFL dan besbol Oakland Athletics sebagai pesta hijau dan merah, dengan kehadiran diumumkan mencecah 48,110.


Rooney Digantung Dua Perlawanan Kelayakkan Uero 2012

Menerima Kad Ketika Menentang Wales

Pengurus England, Fabio Capello mendakwa Wayne Rooney kelihatan terkejut apabila menyedari akan digantung bagi aksi kelayakan Euro 2012 seterusnya menentang Switzerland setelah menerima kad ketika bertemu Wales pada hari Sabtu.
 
"Saya hanya memberitahunya bahawa itu bukan keputusan baik. Dia berkata. 'Kenapa?'," Capello memberitahu wartawan.
 
"Rooney tak sedar. Dia tak ingat bahawa dia telah dilayangkan kad."
 
Kemenangan 2-0 England melawan Wales merupakan tonik baik yang diperlukan pengurus selepas heboh tentang sekitar pemulihan John Terry sebagai kapten skuad kebangsaan.
 
Namun Capello menafikan mana-mana kemenangan moral peribadi dan berkata, "Kenapa hukum saya? saya tak punya apa-apa bagi membela diri. Ini adalah tugas saya."


Hammam sah cabar Sepp Blatter

TEKA teki mengenai niat Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Mohamed Bin Hammam bertanding merebut jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), akhirnya terjawab semalam apabila warga Qatar itu mengesahkan akan mencabar penyandang, Datuk Seri Sepp Blatter.
Hammam, 61, mengumumkan perkara itu di Ibu Pejabat AFC di Bukit Jalil pada sidang akhbar yang dipenuhi agensi berita asing.
“Selepas mempertimbangkan secara mendalam dan diperkukuhkan lagi dengan cinta terhadap bola sepak, saya memutuskan untuk bertanding pada pemilihan Presiden FIFA akan datang pada 1 Jun depan, ketika berlangsungnya Kongres FIFA,” katanya.
Namun, Ahli perniagaan Qatar itu berdepan laluan sukar untuk menyingkirkan Blatter, 75, yang gagal digugat sejak memegang jawatan tersebut pada 1998.
Mengenai peluangnya untuk menang, Hammam percaya dia mempunyai peluang seimbang.
“Peluang saya 50-50,” katanya.
Ditanya sama ada dia membuat perjanjian dengan Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini untuk menyokongnya pada pemilihan kali ini dan dia melakukan perkara yang sama kepada Platini pada pemilihan Presiden UEFA 2015 kelak, Hammam menafikannya.
Hammam juga mengumumkan manifestonya iaitu ‘Masa Depan’, yang menjanjikan beberapa perubahan dalam aspek pentadbiran badan induk bola sepak dunia itu, jika dia menang.
Antaranya, dia berikrar untuk memperluaskan kumpulan membuat keputusan, mengurangkan birokrasi, mewujudkan Jawatankuasa Ketelusan, pengagihan peruntukan FIFA secara adil serta menyokong penggunaan teknologi garisan gol.
Hammam percaya kemampuannya mengembangkan bola sepak Asia ke tahap lebih tinggi sejak mengambil alih kerusi AFC pada 2002, merupakan modal terbaik untuk meraih sokongan untuk pemilihan kali ini.

Ferguson : Persahabatan antarabangsa buang masa

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson percaya perlawanan persahabatan antarabangsa merupakan suatu perkara yang teruk dan melabelkan ianya sebagai membazir masa sekiranya dibandingkan dengan kejohanan utama.

"Saya sukakan semua kejohanan," kata Ferguson. "Pemain sepatutnya bermain dalam kejohanan besar seperti Liga Juara - Juara dan Piala Dunia."

"Tetapi perlawanan persahabatan hanya membuang masa. Kami sentiasa katakan begitu. Saya tidak dapat memahami sepenuhnya. Tetapi setiap kali ada persahabatan, kamu dapat enam hingga tujuh pemain dipanggil. Ianya sesuatu yang teruk bagi pengurus kerana perlu membina paskan yang kurang."

Antara pemain United yang terlibat dengan perlawanan antarabangsa ialah Wayne Rooney, Javier Hernandez, Nani, Antonio Valencia, Patrice Evra dan Jonny Evans.

UCL: Ferguson Tidak Rela Tewas Di Tangan Chelsea

UCL CHAMPION 2008

Chelsea berpeluang menebus kekalahan di pentas Final kepada Man Utd apabila kembali dipertemukan, tetapi kali ini berbeza kerana bertemu awal di pentas suku akhir UCL awal april nanti. Tetapi lain pula misi yang akan dijalan kan oleh Sir Alex Ferguson dalam menentukan Man Utd mampu melakar kemenangan sekaligus menambah kekecewaan yang di alami Chesea ketika tewas di pentas Final dengan kekalahan tendangan penalti 3-2 kepada Skuad Ferguson pada 2008. "Kami mungkin tewas pada perlawanan liga, tetapi di pentas UCL, kami adalah satu pasukan yang berbeza, kami mengidamkan kemenangan demi kemenangan dan tidak rela tewas di tangan Chelsea, kami akan turun dan bermain berhabis-habisan menentang mereka" Sir Alex Ferguson

Nistelrooy Bakal Sertai Blackburn.....

Van Nistelrooy Tidak Sabar Kembali Ke BPL Untuk Menentang Kelab Lamanya Man Utd...

Bekas penyerang sensasi Manchester United, Ruud van Nistelrooy dilaporkan akan kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris bersama Blackburn Rovers. Berita itu disahkan sendiri pengurus Blackburn, Steve Kean. Nistelrooy yang kini bersama kelab Jerman, Hamburg akan tamat kontraknya pada penghujung musim ini bagaimanapun meminta gaji yang sangat tinggi sekiranya Blackburn betul-betul mahukannya. Penyerang berusia 34 tahun itu mahu gaji sebanyak 80,000 Pound seminggu! Ini adalah kali kedua Blackburn cuba membeli Nistelrooy. Pada 2006 Nistelrooy menolak untuk beraksi bersama Blackburn dan memilih untuk ke Hamburg selepas keluar dari Real Madrid. Pada zaman kegemilangannya bersama United, Nistelrooy memang digeruni dan menjaringkan 95 gol dalam 150 penampilan. Dalam aksi antarabangsa, Nistelrooy yang mewakili Belanda menjaringkan 34 gol dalam 69 perlawanan antarabangsa. Beliau kini dikatakan sekiranya Blackburn setuju menandatangani beliau, beliau tidak sabar kembali untuk menentang kelab lamanya Man Utd... "Saya sangat teruja untuk pulang lebih-labih lagi menjejakkan kaki sebagai lawan di Old Trafford, satu pengalaman yang sangat menarik" kata Nistelrooy.. 

Oh...! Penjaga Gol Pertama Di Dunia Jaring 100 Gol...!

Rogerio Ceni meletakkan namanya di satu tahap tertinggi

Penjaga Gol veteran Brazil, Rogerio Ceni berjaya menjaringkan gol ke-100 sepanjang karier menjadikannya penjaga gol pertama di dunia yang berjaya melakukannya. Ya, dia memang seorang panjaga gol.! Ceni menjaringkan gol daripada 1 sepakan percuma semasa kelabnya Sao Paulo menewaskan Corinthians 2-1 untuk gol ke-100 sepanjang karier bolasepaknya. Ceni yang kini berusia 38 tahun pernah mewakili Brazil sebanyak 17 kali dari tahun 1997 hingga 2006 namun tidak pernah berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan antarabangsa. Ceni sememangnya terkenal dengan kebolehannya menjaringkan gol terutama dari sepakan penalti dan sepakan percuma. Kesemua gol dijaringkan semasa mewakili Sao Paolo dan ketika gol ke-100 dijaringkan, ia adalah perlawanan ke-940 Ceni untuk kelabnya itu sejak tahun 1992.

Monday, March 28, 2011

Ferguson puji 'SUPER Nani'

Digelar "Super Nani" Oleh Sir Alex Ferguson

Bos Manchester United, Sir Alex Ferguson berasa dia ada seorang lagi pemain Portugal hebat di tanggannya iaitu Nani.
 
Ferguson secara jujur mengakui Cristiano Ronaldo merupakan pemain 'istimewa yang datang sekali seumur hidup', dan akan sentiasa dikenang dalam sejarah ketika menyumbang 42 gol semusim ketika membantu United menjuarai Liga Juara-juara dan Liga Perdana pada tahun 2008.
 
Namun, setelah 12 bulan rakan senegaranya meninggalkan kelab untuk ke Real Madrid, Nani telah mula mengorak langkah dan menjadi pemain tunjang United.
 
Dia mungkin masih lagi mengecewakan kerana suka memegang bola terlalu lama namun dia mampu untuk menunjukkan skil yang sukar dikekang pihak lawan.
 
Pemain berusia 24 tahun menjaringkan gol ke-10nya musim ini ketika United menang derby Manchester di Old Trafford dan Ferguson mengharapkan lebih lagi dari bekas bintang Sporting Lisbon itu.
 
"Ronaldo sangat istimewa," ujar Ferguson. "Pemain sepertinya hanya datang sekali seumur hidup.
 
"Namun dia ambil masa untuk sesuaikan diri dan meningkat dalam bola sepak Inggeris. Jika membuat perbandingan, Nani lakukannya dengan lebih cepat lagi.
 
"Saya tak perlu hebohkan peningkatannya. Dia telah tunjukkan konsistensi sepanjang musim ini.
 
"Dia seorang pemenang perlawanan dan dia jaringkan gol. Dia membuat tujuh percubaan ketika menentang City dan itu sangat tinggi buat seorang winger, terutama dalam perlawanan besar.
 
"Dia kini tunjukkan kematangan. Setiap kali dia datang dekat dengan kawasan penalti anda pasti fikir sesuatu akan terjadi. Apabila anda rasa begitu, anda tahu anda ada pemain hebat."



7 Calon Penjaga Gawang Terbaik Buruan Ferguson Untuk Musim Hadapan..

Name: Igor Akinfeev
Age: 24
Club: CSKA Moscow
Nationality: Russian
Price: £10m

Name: Rene Adler
Age: 26
Club: Bayer Leverkusen
Nationality: German
Price: £19m

Name: Manuel Neuer
Age: 24

Club: Schalke 04

Nationality: German

Price: £18 million


Name: Hugo Lloris
Age: 24

Club: Lyon

Nationality: French
Price: £20m

Name: Maarten Stekelenburg
Age: 28

Club: Ajax
Nationality: Dutch
Price: £9m

Name: David De Gea
Age: 20
Club: Atletico Madrid
Nationality: Spanish

Price: £16m

Name: Pepe Reina
Age: 28

Club: Liverpool

Nationality: Spanish
Price: £22m

Liverpool, Chelsea VS Malaysia (Harimau Malaya) Siri Jelajah Asia Julai 2011


Kelab bolasepak terkemuka Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Chelsea akan menentang skuad bolasepak Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Julai 2011 ini.


Perlawanan persahabatan itu adalah sempena lawatan 2 pasukan gergasi itu ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011. Tarikh perlawanan ini akan diumumkan kemudian.

Untuk rekod ini adalah kali pertama kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan.


Manakala pasukan ‘The Blues’ (Chelsea) pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008

Van Der Sar Bantah Akan Kembali Lagi ke Ajax

Edwin Van Der Membantah berita yang mengatakan beliau akan kembali semua ke Ajax untuk menamatkan Karier sebagai pemain bola sepak.

Sepeti yang dinyatakan dalam Majalah LIFE AFTER FOOTBALL, penjga agawang united berusia 40 tahun itu bercadang untuk bersara di united penghujung musim ini dan bukannya kembali ke Ajax sperti yang didakwa.

"Ketika saya keluar dari Ajax 12 tahun lalu, saya pernah mengatakan akan kembali lagi, tapi saya tidak menyadari kalau saya sangat menikmati tahun-tahun saya bersama Manchester United," kata van der Sar.

"Saya tidak akan kembali ke Amsterdam, walaupun hal itu akan sangat menyenangkan dapat kembali bersama dengan Frank de Boer, Danny Blind dan Dennis Bergkamp," ungkap Van der Sar mengenai rakan-rakan seperjuanganya yang masih bersama Ajax. "Saya masih akan mengunjungi mereka dan juga berlatih bersama, tapi saya tidak akan kembali semua Ajax," katanya.

Sneijder Tidak Akan Kata Tidak Kepada Man United.

Saya Hanya Mahu Bermain Untuk United Di BPL

Pemain perancang Inter Milan dan Belanda Wesley Sneijder mendedahkan beliau akan bermain di England, tapi hanya untuk Manchester United.
 
Bintang Piala Dunia itu telah dikaitkan dengan kelab gergasi Old Trafford tersebut kebelakangan ini namun beliau telah menunjukkan kesetiaannya kepada juara Eropah, Inter setakat ini.
 
Tapi kini Sneijder, yang mendakwa bekas pengurusnya di San Siro, Jose Mourinho mahu menjadi pengganti mutlak Sir Alex Ferguson, telah mengakui yang beliau mungkin akan berada di North West. 
 
Katanya: "Jika ada orang bertanya jika saya akan bermain untuk Manchester United, mustahil untuk saya berkata tidak. Bagaimana anda boleh menjawab begitu jika datang peluang untuk anda mewakili salah sebuah kelab terbesar di dunia."
 
''Saya tak fikir ada mana-mana pemain di dunia yang tidak mahu sama sekali mewakili Manchester United, dan jika ada, saya meragui mereka akan berkata benar." 
 
Sneijder telah pun mewakili beberapa kelab ternama Eropah - Ajax, Real Madrid dan kini Inter. 
Dan beliau yakin bahawa menyertai Red Devils akan menjadi destinasi sempurna apabila meninggalkan Serie A. 
 
Pemain ini menambah: ''Liga Perdana Inggeris, dari segi kelab terhebat, adalah kelab terbaik dunia dan memang indah dapat mengakhiri karier saya dengan memberitahu saya telah bermain di setiap kelab terhebat di Sepanyol, Itali dan England. 
 
''Tak begitu banyak peluang untuk mereka yang mengatakan telah melakukannya dan jika ia berlaku untuk saya saya, saya hanya mahu bersama Manchester United.''


"Ferguson boleh melihat, tetapi jangan pegang" Harry Radknapp

LUKA NODRIC TIDAK TERNILAI

Harry Radknapp menegaskan tiada wang yang mencukupi untuk merampas Luka Modric dari Tottenham.

Pemain Croatia itu menunjukkan prestasi terbaiknya musim ini, membantu Spurs mara ke suku akhir Liga Juara-juara.

Aksi beliau menarik perhatian kelab Manchester United, Namun Redknapp menganggap usaha Sir Alex Ferguson mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu hanyalah sia-sia.

Bos Tottenham ini memberitahu: "Saya tak akan jual beliau untuk £100 juta, walaupun sebilion. Beliau adalah nadi pasukan."

Modric menandatangani kontrak baru enam tahun pada musim panas lepas dan ejen beliau Mario Mamic turut menyangkal spekulasi perpindahan ke Man Utd.

Mamic berkata: "Itu semua khabar angin. Luka ada kontrak hingga 2016 dan Tottenham tiada perancangan untuk menjual beliau."




Fergie Akan Mengadakan Perbincangan Damai Bersama BBC

Ferguson, yang sedang bercuti di New York, masih belum setuju jumpa Thompson.

Sir Alex Ferguson bakal bertemu ketua BBC, Mark Thompson dalam usaha untuk menamatkan petelingkahan tujuh tahunnya dengan syarikat itu.

Pengerusi Liga Perdana, Dave Richards telah menrancang pertemuan tersebut, dalam usaha untuk memperbaiki hubungan yang telah rosak di antara bos United itu dengan BBC.

Richards mula bertindak selepas denda yang dikenakan ke atas Fergie semakin meningkat akibat keengganannya bercakap dengan BBC, yang merupakan penyiar rasmi Liga Perdana, sejak BBC3 menerbitkan dokumentari berkaitan anaknya yang terlibat sebagai agen bola sepak pada Mei 2004.

Ferguson mengamuk dengan dakwaan yang dibuat dalam program itu dan meminta permohonan maaf, walaupun dia tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap BBC.

Thompson, yang merupakan pengarah besar, juga sedar tiada permohonan maaf akan dibuat, namun kesediaan kedua belah pihak untuk bertemu dilihat sebagai satu usaha memperbaiki hubungan yang telah rosak itu.

Tiada tarikh telah dicadangkan untuk pertemuan Fergie dengan Thompson namun dipercayai ia akan berlaku di penghujung musim ini.

Friday, March 25, 2011

Neuer: Saya tidak akan bermain untuk Manchester United

Harapan Sir Alex Ferguson dari menandatangani Manuel Neuer sudah hampir pasti tidak menjadi kenyataan selepas penjaga gawang Schalke mendakwa dia tidak mahu meninggalkan Jerman.

Fergie telah menghantar Agen beliau untuk menyaksikan per mainan Neuer pada perlawanan menentang Bayern Laverkunsen pada Sabtu sekaligus berjumpa Agen Neuer untuk berbincang. Namun, Neuer mengatakan ia tidak tertarik bermain di Inggeris dan mengatakan ia hanya akan mempertimbangkan untuk kelab-kelab di Bundesliga sahaja dan Neuer belum lagi bersedia meninggalkan kampung halamanya untuk menetap di negara lain..

Bryan Robson Tetap Ke Asia..

Bryan Robson Tetap Ke Asia

Lagenda bola sepak England dan Manchester United akan tetap mengambil bahagian dalam Jelajah Asia melalui tiga bandar di Asia walaupun baru sahaja melaui pembedahan kanser tekak pada awal bulan ini.
Robson dikenali sebagai Capitan Marvel untuk para penggemarnya, Robson 54-tahun akan mengumpul dana untuk UNICEF Bangkok di makan malam gala di Bangkok pada tarikh 6 April, Kuala Lumpur pada tarikh 8 April dan di Hong Kong pada 9 April.

3 Mac yang lalu, Robson menjalani operasi pembedahan di Hospital Bangkok, Thailand untuk membuang Tumor dan Robson mengatakan dirinya sungguh bertuah kerana ia tidak seteruk yang disangka dan menyatakan ia mampu untuk mengikuti jelajah 3 negara Asia bulan April ini.
Bekas penggempur Manchester United, 39 tahun, Andrew Cole akan bergabung Robson dalam penjelajahan tersebut. Dia mengatakan, sangat luar biasa untuk memiliki rakan sepasukan bergabung dengannya dan bahawa mereka berdua tidak sabar untuk bertemu peminat mereka di Asia dan mudah-mudahan membuat dapat mengubah kehidupan anak-anak miskin dengan cara mengumpul dana. 


Rehat Musim Bunga Satu Kelebihan...

Berikan Kami Rehat

Alex Ferguson mengalu-alukan rehat cuti antarabangsa sebagai 'waktu berehat' untuk Manchester United yang dilanda masalah kecederaan.
 
Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu berjaya menewaskan Bolton dengan bahagian pertahanan yang bermasalah.
 
Dan skuad United semakin tertekan selepas Jonny Evans dibuang padang dan Wes Brown dibadai kecederaan.
 
Ferguson berkata: "Kami dapat bonus dua minggu untuk atasi masalah kecederaan dan harapnya ia akan menjadi rehat yang bermanfaat."
 
United lima mata mendahului pasukan kedua Arsenal, yang ada baki satu perlawanan di tangan.
 
Dan Ferguson yakin skuadnya akan kembali mantap bersama pemain yang akan pulang dan ia memberikan perbezaan penting dalam persaingan kejuaraan liga.
 
Beliau berkata: "Kami ada pemain yang hebat. Arsenal ada satu tangan di perlawanan tapi kami ada kelebihan mata dan kami tidak bimbang mengenainya."


Thursday, March 24, 2011

Hukuman Sir Alex Ferguson, FA England Beri Penjelasan

Lembaga Disiplin Liga Perdana Inggeris akhirnya memberi penjelasan berkenaan hukuman yang dikenakan terhdap Sir Alex Ferguson yang melarang sama sekali Ferguson memasuki padang sewaktu perlawanan dan denda 30ribu pound.
Menurut FA, sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Fergie, Fergie telah mengkritik FA England dengan mengatakan FA memberikan kami pengadil yang tidak adil dan tidak tahu tentang undang-undang Bola Sepak dalam wawancara bersama MUTV selepas selesai pertembungan bersama Chelsea yang lalu. "Anda mehukan pengadil yang adil dan tahu tentang bola ataupun anda mahukan pengadil yang tidak adil, tapi kami tidak mendapat yang itu, saat saya memikirkan siapa yang bakal menjadi pengadil perlawanan, saya menjadi risau, risau sesuatu yang buruk bakal berlaku" kata pengurus yang berasal dari Scotland itu.


Jurucakap FA England  mengatakan, mereka tidak mahu sama sekali menghukum Fergie seberat itu, namun Pengurus berusia 69 tahun itu tidak menunjukkan etika yang baik terhadap pengurusan FA dan mengatakan FA England menganggap perlawanan sebesar itu sebagai perlawanan remeh dan ambik tindakkan sambil lewa dalam memilih pengadil perlawanan. Badan Disiplin FA menegaskan, Fergie harus dihukum atas tindakkan beliau yang mengkritik dalam keadaan yang tidak profesional.


"Sebelum Fergie mahu mengkritik sesuatu, setidaknya ia harus berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, Fergie telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Mr Atkinson dan mengkritik FA juga, Fergie lansung tidak mengeluarkan kata-kata maaf atas perbuatan beliau"


Badan Disiplin FA menilai ini adalah sesuatu yang serius dan merupakan faktor utama kenapa fergie digantung perlawanan. FA juga menganggap komen Sir Alex merendahkan asosiasi dan juga tidak menghormati ofisial pertandingan," jelas mereka.

Nani Mahu Ikut Jejak Langkah Cristiano Ronaldo..

Pemain sayap Manchester United, Nani didakwa akan meninggalkan Old Trafford tamat musim ini untuk menyertai Seria A Itali walaupun berada pada prestasi terbaik musim ini di England.

Berdasarkan surat khabar Inggeris, Nani telah memaklumkan rakannya dan keluarganya untuk meninggalkan England dan telah menyuruh agennya untuk menilai di Itali.

Nani telah berjaya menghasilkan 10 gol dan 15 bantuan bol musim ini dan beliau sudah rasa yang beliau telah cukup buktikan dirinya di England dan berminat untuk melalui cabaran baru. Beliau berkata pada akhbar inggeris beliau inginkan sesuatu cabaran baru setelah segalanya telah diberikan pada kelab seperti Cristiano Ronaldo.."Saya telah memberi segalanya pada United, saya juga mahukan sesuatu yang baru dan sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru seperti yang dilakukan oleh rakan senegara saya Ronaldo yang meninggalkan kelab dengan penuh berjaya". Nani yang digelar "NEW RONALDO IN UNITED" kerana gaya dan corak permainan yang mirip Ronaldo telah menjadi seorang pemain yang disayangi peminat-peminat di Old Trafford juga seluruh dunia...

Tetapi segalanya masih dalam perancangan, Nani belum lagi berjumpa dengan Sir Alex untuk berbincang mengenai hal tersebut dan tidak mustahil akan berjumpa Sir Alex untuk berbincang mengenainya.

Selain itu, Nemanja Vidic, Patrice Evra dan Wayne Rooney telahpun disuruh untuk kekal di kelab ketika mereka mahu meninggalkan Red Devils dan sekiranya Nani meninggalkan United, ianya menjadi masalah kepada Sir Alex Ferguson yang telah membimbing pemain itu sejak 2007.

Neville: Tidak Mustahil Untuk Mourinho kendalikan Man Utd

Gary Neville mengakui Jose Mourinho mungkin akan menguruskan Manchester United satu hari nanti tetapi menegaskan Sir Alex Ferguson tetap akan kekal dengan kerjanya itu.

Neville menerima kejayaan pengendali Real Madrid itu dalam perlawanan. Mourinho tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk kembali mengurus Liga Perdana Inggeris di mana beliau berjaya bersama Chelsea sebelum meninggalkannya pada 2007.

Mourinho membawa Porto ke Liga Juara - Juara Eropah sebelum ke Stamford Bridge dan juga menang kejohanan itu musim lepas bersama Inter Milan.

Bagaimanapun Neville tidak meihat Ferguson akan melepaskan jawatannya itu. "Terdapat banyak pengurus yang bagus dan ianya menjadi spekulasi siapa yang akan gantikan Sir Alex. Saya pasti apabila tiba masanya, Mourinho merupakan salah seorang dari mereka."

Mourinho: "Saya Hanya Mahu Menguruskan Manchester United"

Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho diberitakan mahu kembali ke England dan Liga Perdana Inggeris satu hari nanti. Mourinho menegaskan bahawa beliau mesih mempunyai 'urusan' yang belum selesai di England selepas dipecat dari kelab Chelsea 3 tahun lepas. Kenyataan Mourinho ini memberi isyarat kepada kelab-kelab yang berminat mendapatkan khidmat Mourinho. Manchester City adalah kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan pengurus terkaya didunia ini. Mourinho, yang masih berbaki 3 tahun kontrak bersama Real Madrid bagaimanapun lebih berminat untuk menggantikan Sir Alex Ferguson dan menguruskan Manchester United.

Wednesday, March 23, 2011

Van Der Sar Terbaik Seapanjang Zaman.....


Jussi Jaaskelainen memang tidak dapat memahami keputusan Edwin van der Sar untuk bersara di penghujung musim – memberitahu beliau masih menganggap rakan seperjuangannya itu sebagai antara tiga penjaga gol terbaik dunia.
 
Kedua-duanya dianggap sebagai antara penjaga gol terbaik yang pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris.
 
Jaaskelainen berkata: "Beliau masih yang terbaik dalam bola sepak dan masih lagi antara tiga penjaga gol terbaik."
 
"Saya pasti Manchester United tidak mahu beliau bersara, walaupun beliau berusia 40 sekarang, kerana beliau begitu penting untuk mereka."
 
"Anda lihat ketika Peter Schmeichel berada di situ, ia mengambil beberapa tahun untuk mereka mencari penjaga gol yang setaraf."
 
"Liga Perdana Inggeris bukanlah liga paling mudah untuk disertai sebagai seorang penjaga gol."
 
"Anda telah melihat ramai yang tidak dapat bermain dengan baik.

Keseluruhan Pasukan Masih Baik Walau tanpa Rio Ferdinand. Sir Alex..

Sir Alex Ferguson mengesahkan Manchester United berada dalam keadaan baik walaupun meningkat berita bahawa Rio Ferdinand akan terlepas keseluruhan baki kempen.

"Kami tak lihat Rio sebagai situasi masalah jangka pendek bagi kami," kata bos United.

"Dia telah diketepikan beberapa minggu dan kini masih belum memulakan latihan."

"Bagi saya jika kami bertuah, kami akan kembali memilikinya pada tahap tertentu musim ini."

Glazer Family Umum Pelan Redikal Untuk kenaikkan Gaji Pemain...

Keluarga Glazer Rancang Tolak Perbelanjaan

Bintang Manchester United mungkin berdepan gaji mereka dikawal di bawah pelan radikal yang sedang dipertimbangkan oleh pemilik kelab.

Keluarga Glazer mungkin akan menjadikan semua kontrak untuk pemain baru dan terkini berdasarkan sistem insentif .

Pelan itu bakal memberi kesan besar kepada usaha United untuk menarik pemain dan mengekalkan bintang mereka.

Di bawah skim itu, pemain tidak lagi menerima kenaikan gaji apabila memperbaharui kontrak tetapi akan ditawarkan insentif kewangan berdasarkan jumlah penampilan dan trofi yang dimenangi.

Malah ada pelan untuk menjadikan gaji dibayar berdasarkan berapa banyak minit pemain beraksi.

Berita tentang idea itu telah diketahui oleh pemain, yang jelas tidak gembira.

Keluarga Glazer pula tidak gembira membayar gaji pemain seperti Owen Hargreaves sebanyak  £80,000 seminggu ketika dia tidak dapat bermain.

Masalah akan  muncul apabila pengurus, Alex Ferguson memilih untuk merehatkan pemain kerana pastinya mereka akan kehilangan wang akibat tidak beraksi.

Musim Pertama Yang Cemerlang...Javier Hernandez

Hernandez berjaya mencuri tumpuan apabila muncul pasangan serangan
sensasi bersama Wayne Rooney..

Javier Hernandez mengakui dia terpaksa bekerja keras di gim untuk menghadapi aksi fizikal Liga Perdana.
 
Hernandez sedang menikmati musim sulung hebat sejak tiba di Manchester United dari kelab Mexico, Chivas musim panas lalu.
 
Dua gol jaringannya menentang Marseille Selasa lalu meletakkan catatan golnya mencecah 16 gol musim ini, jumlah yang melebih jangkaannya di peringkat terkini dalam kariernya di United.
 
Namun Hernandez mendedahkan dia terpaksa meletakkan lebih usaha di belakang tabir untuk memastikan dia cukup gagah untuk menyudahkan peluang di hadapan gol.
 
Striker berusia 24 tahun itu berkata: "Saya dah lakukan lebih baik dari yang saya jangkakan."
 
"Namun saya takkan katakan ianya mudah, tiada yang mudah dalam hidup. Secara fizikalnya, saya rasa lebih gagah, saya selalu turun ke gim."
 
"Ia bukan sebab saya gemarkannya, ia sesuatu yang perlu saya lakukan kerana liga Inggeris lebih pantas dan fizikal."

Owen Hagreaves Hampir pasti Beraksi...


Alex Ferguson mungkin berpaling kepada Owen Hargreaves dalam usaha menyelesaikan masalahnya di bahagian defensif.
 
Bekas pemain antarabangsa England itu tidak beraksi hampir 2½ tahun kerana kecederaan lutut. Beliau hanya bertahan selama lima minit semasa kembali bermain menentang Wolves bulan November lalu kerana masalah hamstring. Namun Hargo, 30, dilihat bermain sebagai bek kanan semasa sesi latihan hujung minggu lepas.
 
Bos pasukan, Fergie berkata: "Owen berlatih minggu ini dan ia berita baik. Ada perkembangan menarik untuk membantu kami dalam kempen mengejar kejuaraan musim ini."

Reina Berminat Sertai Man United..??

Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina telah memberi bayangan dia mungkin berhenti dari kelab itu melainkan mereka menguatkan pasukan dan menjadi kompetitif semula.
 
Pemain kebangsaan Sepanyol itu tiba dari Villareal pada 2005 dan sudah biasa bersaing merebut kejuaraan dan bermain di Liga Juara- juara buat Reds.
 
Namun, prestasi Liverpool merosot sejak musim kebelakangan ini dan mereka kini menduduki tangga keenam dengan defisit 21 mata di belakang pendahulu, Manchester United.
 
Kelab itu melabur dengan banyak Januari lalu selepas pemergian Fernando Torres ke Chelsea dengan mendapatkan pemain kebangsaan England, Andy Carroll dan striker Uruguay, Luis Suarez.
 
Reina mahu beraksi buat pasukan kompetitif dan menjulang kejuaraan Liga Perdana ketika pemain berusia 28 tahun itu tidak tahu berapa tahun lagi dia mampu beraksi. Reina Diberitahu oleh Agen beliau, Sir Alex berminat mendapatkan Khidmat nya untuk musim depan.
"Ini bukan tentang jadi sabar. Ini tentang kelab menang dan saya mahu jadi kompetitif. Kami sering bersaing bersama pasukan hebat dan bermain di Liga Juara-juara. Malangnya, itu tidak berlaku sekarang. Saya mahu menang kejuaraan. Dalam usia saya sekarang, tiada siapa tahu berapa lama lagi mampu saya beraksi. Tidak mustahil bagi saya untuk menyertai Man Utd sekiranya mereka berminat terhadap saya, dalam bola sepak anda hanya mahukan yang terbaik dan mahu menjulang kejuaraan dan Piala. Itulah harapan setiap pemain bola sepak." Pepe Reina.