Monday, April 4, 2011
Ferguson Terbayang Juara Liga...
Berbekal kan hanya 7 perlawanan liga sahaja lagi, bukan lah suatu yang mustahil bagi pasukan Man Utd untuk membuktikan mereka ada lah yang terbaik musim ini. Kemenangan Penuh dramatik menentang West Ham membuktikan segalanya. Ketinggalan 2 gol pada babak pertama, kemudian bangkit dengan kemenangan 4 gol di tempat lawan adalah suatu yang sgt membanggakan Ferguson. Sir Alex Ferguson menyatakan beliau amat gembira apabila babak kedua mereka bermain bagaikan Sang Juara. Dengan beberapa pertukaran drastik Ferguson yang mengubah tempoh perlawanan pada babak kedua tampak menjadi dengan memasukkan Hernandez, Berbatov dan Luiz Nani yang tampak berhasil dengan berjaya menggerak kan Rooney untuk memberi jaringan Hatrik yang menarik dan secara peribadinya Rooney telah menghasil kan 101gol bersama United sepanjang bermain dari tahun 2005 hingga kini. Ferguson mengatakan, bermain di stadium keramat West Ham United bukan lah sesuatu yang mudah untuk mencapai kemenangan. Chelsea, Liverpool, Spurs, juga Arsenal pernah tewas di sini, dan rekod kami di stadium ini tidak lah begitu baik. Tetapi anak buah Ferguson membukti kan mereka adalah yang terbaik musim ini dan Ferguson melaungkan Amaran kepada pasukan-pasukan lain bahawa Kejuaraan Liga adalah Milik Manchester United musim ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment