Thursday, April 7, 2011

"Rooney" Bikin Chelsea Gigit Jari Dihadapan Penyokong Sendiri...

Khamis, April 7 2011.

Satu permulaan baik buat pasukan Man Utd apabila sekurang-kurangnya berjaya membawa kelebihan satu gol di tempat lawan untuk perlawanan timbal balik di stadium Old Trafford nanti. Perlawanan ternayata hebat tersebut berjaya di menangi oleh united dengan jaringan 1-0.


Wayne Rooney sekali lagi menjadi inspirasi kepada pasukan united apabila berjaya menendang masuk bola dari luar kotak penalti pasukan chelsea untuk memastikan United membawa kelebihan satu gol mengikut sistem jaringan di tempat lawan untuk kelebihan di tempat sendiri apabila perlawanan akan berlansung secara timbal balik di Old Trafford.


Chelsea kemudian hampir menyamakan kedudukkan apabila bola lorongan Drogba yang sudah menewaskan Penjaga gawang United, Edwin Van Der Sar berjaya disambut oleh pemain Chelsea namun tolakkan bola tersebut berjaya di tampan keluar oleh pemain pertahanan United, Petric Evra yang kebetulan berada di pintu gol United sekaligus berjaya menafikan jaringan yang bakal dilakukan oleh pasukan chelsea dalam keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol United.

United tampak mempunyai kelebihan untuk perlawanan timbal balik di Old Trafford apabila kedua-dua pasukan akan bertemu kembali dan kelebihan pastinya memihak kepada united yang membawa kelebihan satu jaringan hasil gol ditempat lawan.

No comments:

Post a Comment