Manchester United mungkin akan dijual sekiranya pemiliknya sekarang tak dapat melunaskan hutang tertunggak yang dianggarkan lebih £500 juta (RM2.4 Billion).
Sedikit sejarah tentang kecelaruan Manchester United yang perlu la korang tau ye. Sebelum nama Manchester United ni ada, kelab bola sepak ni menggunakan nama Newton Heath L&YR F.C sekitar tahun 1878. Pada 1901, kelab ni masih sebuah kelab kecil, tak seperti sekarang, tapi ketika itu mempunyai hutang sebanyak £2,500 (RM12 ribu), pada ketika itu, kelab ni diambang kemusnahan sehinggalah diselamatkan oleh John Henry Davies pemilik kilang tempatan. Pada tahun 1902, kelab ni ditukar nama kepada Manchester United sehingga sekarang. Selepas John Henry Davies meninggal dunia, James W. Gibson membeli saham MU ketika MU dalam masalah kewangan, Alan Gibson mengambil alih kelab selepas ayahnya meninggal dunia.Semakin MU meninggkat naik, ramai usahawan tempatan ingin membeli beberapa saham kelab, salah seorangnya Louis Edwards, sejak itu dia menjadi chairman di dalam kelab. Anak kepada Louis Edwards, Martin Edwards membeli saham daripada Alan Gibson, menjadikan Martin Edwards menjadi pemegang saham terbesar ketika itu, tahun 1980. Edwards menjadi chairman kelab MU, ramai pelabur luar ingin membeli saham kelab, antaranya Robert Maxwell, seorang hartawan media, dengan meletak £10 juta (RM48 juta), sebelum perbincangan bermula, jualan makin merudum sehinggalah Michael Knighton meletakan £20 juta (RM95 juta), tetapi menarik diri disebabkan syarikat dia sendiri mengalami masalah kewangan.
Pada tahun 1990, MU masih bergantung tak bertali, sehinggalah lembaga kelab menerima tawaran bernilai £623 juta daripada Rupert Murdoch’s British Sky Broadcasting pada tahun 1998, tetapi berjaya dipintas oleh Monopolies and Mergers Commission pada akhir April 1999. Ketika ini Sir Alex Ferguson sudah pun menguruskan kelab MU untuk memiliki treble pada musim 1998/99. Semasa pelabur Magnier and McManus memiliki saham terbesar MU, dorang nak Alex Ferguson berambus daripada kelab, tapi lembaga kelab tidak bersetuju.
KELUARGA GLAZER MULA BERTINDAK
Pada pertengahan 2003, Glazer berjaya membeli saham pertama MU ketika lembaga kelab sedang mencari pelabur baru. Dilaporkan pada 26 September 2003, saham milik Glazer meningkat hingga 3.17%, laporan ini sampai ke lembaga dan khabar angin mengatakan yang Glazer ingin memiliki kelab MU. Pada 20 Oktober 2003, Glazer membeli saham sehingga 8.93%, pada 29 November, meningkat kepada 15%, pada ketika ini, Glazer berjumpa David Gill untuk membincangkan niat untuk memiliki MU. Pada 12 Februari 2004, saham milik Glazer menjadi 16.31%, pada hari berikutnya, diberitakan yang Glazer menyarankan salah satu pelabur MU untuk menjual saham, pada hari itu juga saham Glazer meningkat 5% lagi, jumlah pegangan saham ketika itu bernilai £741 juta. Dipendekan cerita, saham si Glazer terus meningkat, 19% pada Jun, 30% pada Oktober.
MANCHESTER UNITED MENJADI MILIK GLAZER
Setelah berbincang dan mendapat kata putus, Glazer berjaya membeli saham milik J. P. McManus and John Magnier sebanyak 28.7%. Perjuangan Glazer untuk mendapatkan keseluruhan saham masih belum selesai walaupun telah memiliki 58.7% pegangan saham. Saham seterusnya yang berjaya dibeli oleh Glazer adalah daripada usahawan Scotland, Harry Dobson, menjadikan saham dia 62%, dan membeli saham seterusnya dan menjadikan jumlah sahamnya setakat itu 71.8%. Pada tahun 2005, Glazer menjadi pemegang saham terbesar MU, berjumlah £800 juta.
Selepas beberapa tahun Glazer mengambil alih pentadbiran, MU mampu meneruskan kejayaan seperti biasa. Tetapi, tahun ke tahun, hutang Glazer kepada bank antarabangsa meningkat tiada surutnya, menyebabkan peminat fanatik MU menyuruh Glazer keluar daripada MU, dan MU mencari pelabur baru yang dapat menyelamatkan MU daripada kejatuhan. Ada antara peminta MU yang kaya-raya bercadang menjadi pelabur, tetapi lembaga kelab MU menyatakan Manchester United bukan untuk dijual, dan pemilik tidak berminat atas sebarang tawaran.

p/s: Walaupun masalah dalaman MU macam tak ada penghujungnya, orang kuat disebalik ‘kestabilan’ prestasi MU selama ini adalah David Gill dan Sir Alex Fegurson, tahniah dan teruskan kejayaan.

No comments:
Post a Comment