
We just never give in – Kami tidak pernah berserah
Itulah antara reaksi seorang pengurus atau jurulatih pasukan gergasi eropah, Sir Alex Ferguson yang sentiasa dahagakan kemenangan dan akan memastikan anak-anak buahnya sentiasa bermotivasi di atas padang walau apa pun situasi.
Pada jam 7.50 ptg 2 April 2011, berlangsungnya perlawanan antara West Ham dan Manchester United. Sebagai penyokong Man Utd, sememangnya aku inginkan pasukan aku ni menang, tapi bila lihat keadaan padang di stadium lawan yang tak berapa sempurna aku berharap pasukan Man Utd dapat melakukan tugas dengan sempurna.
Episod malang bermula apabila jaringan pertama oleh pasukan west ham hadir apabila kesilapan Evra mengangkat tangan sekaligus bola lambungan pihak lawan terkena tangan dan menghadiahkan sepakkan penalti dan di ikuti dengan jaringan kedua kontroversi yang melihat kan Vidic menjatuhkan pihak lawan di luar kotak Penalti, tetapi pengdil perlawanan menghadiah kan sepakkan penalti kontroversi yang melihatkan Man Utd ketinggalan mudah 2 gol tanpa balas. Memang malang, kemungkinan besar pasukan West Ham akan menggunakan taktik bertahan pada separuh masa kedua..
Separuh masa pertama West Ham 2 – Manchester United 0
Separuh masa kedua bermula dengan pertukaran pemain Man Utd seawal sepak mula separuh masa ke dua, pemain yang dikatakan pembelian berbaloi Ferguson musim ini "Chicharito" dimasukan. Permainan semakin rancak, Man Utd mulai temui sentuhan, setiap hantaran adalah tepat kepada rakan yang lain. AKHIRNYA jaringan pertama Man Utd di jaringkan pertama oleh Wayne Rooney dari hasil bole sepakkan percuma cantik.. Tanpa meraikan jaringan tersebut, Man Utd terus bersedia untuk sepak mula.

Chicharito berjaya menjaringkan gol keempat united.
Seperti kebiasaanya, pasukan Man Utd hanya perlu menjaringkan satu gol untuk mendapat keyakinan untuk menjaringkan gol-gol seterusnya, ya, ini selalu berlaku. Dan Ferguson sekali lagi membuat pertukaran dengan mengeluarkan Park Ji Sung dan memasukkan Dimitar Berbatov selepas jaringan pertama, jaringan kedua dijaringkan sekali lagi oleh Wayne Rooney yang menyambut baik hantaran Antonio Valencia dari kanan padang. Rooney tampak semakin berbisa dan masa. Man Utd terus mengasak, pertahanan West Ham tampak kelam kabut menjaga Berbatov dan Hernandez dengan begitu rapat sekali, sehinggalah Berbatov mendapat bola hantaran jauh, dan dengan penuh kesabaran, Berbatov hampir berjaya menjaringkan gol kemenangan Man Utd iaitu gol ke 22 beliau, tetapi dinafikan oleh Rob Green penjaga Gol West ham United. United yang tak kenal erti mengalah terus mengasak sehinggalah bola hasil dari pembawanya oleh Fabio Da Silva melambungkan bola lalu terkena tangan pemain pertahanan West ham yang menghadiahkan sepakkan penalti kepada United. Rooney mengambil sepakkan tersebut dan dengan tenang menjaringkan Gol penting buat united membolehkan united bangkit dengan jaringan pendahuluan 3 gol. West Ham tampak tidak menjadi selepas ketinggalan dan Dimitar Berbatov menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada dengan melorongkan bola cantik melepasi dua pertahanan West ham dan disambut baik oleh Hernandez untuk gol ke empat sekaligus memastikan kemenangan berpihak kepada United.
Masa penuh West Ham 2 – Manchester United 4
Dibawah adalah kata-kata seorang pengurus (Sir Alex Ferguson) yang sentiasa memotivasikan diri supaya anak-anak buahnya pun turut bermotivasi:
“I have to say, it’s down to the history of the club,” said Sir Alex. “We just never give in. In the first half we were battered. We had a terrible first half, it must be said. We didn’t create anything like we should have been doing. But I know the game is never done.
“We made a change at half-time and chicharito made a tremendous difference. We started to penetrate, we started to play our way and we’ve run out deserved winners in the end. You know fine well that in situations like this we’re going to do something. And it needed something because the first half wasn’t very good at all. But we kept going, we kept playing our football and kept penetrating and got the rewards for that.
“It’s a results industry that we’re in. In the run-in, you’ll get games like tonight. Sometimes maybe we won’t come back, but we always try to come back.
No comments:
Post a Comment