Thursday, April 7, 2011

"Rooney" Bikin Chelsea Gigit Jari Dihadapan Penyokong Sendiri...

Khamis, April 7 2011.

Satu permulaan baik buat pasukan Man Utd apabila sekurang-kurangnya berjaya membawa kelebihan satu gol di tempat lawan untuk perlawanan timbal balik di stadium Old Trafford nanti. Perlawanan ternayata hebat tersebut berjaya di menangi oleh united dengan jaringan 1-0.


Wayne Rooney sekali lagi menjadi inspirasi kepada pasukan united apabila berjaya menendang masuk bola dari luar kotak penalti pasukan chelsea untuk memastikan United membawa kelebihan satu gol mengikut sistem jaringan di tempat lawan untuk kelebihan di tempat sendiri apabila perlawanan akan berlansung secara timbal balik di Old Trafford.


Chelsea kemudian hampir menyamakan kedudukkan apabila bola lorongan Drogba yang sudah menewaskan Penjaga gawang United, Edwin Van Der Sar berjaya disambut oleh pemain Chelsea namun tolakkan bola tersebut berjaya di tampan keluar oleh pemain pertahanan United, Petric Evra yang kebetulan berada di pintu gol United sekaligus berjaya menafikan jaringan yang bakal dilakukan oleh pasukan chelsea dalam keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol United.

United tampak mempunyai kelebihan untuk perlawanan timbal balik di Old Trafford apabila kedua-dua pasukan akan bertemu kembali dan kelebihan pastinya memihak kepada united yang membawa kelebihan satu jaringan hasil gol ditempat lawan.

Tuesday, April 5, 2011

Wayne Rooney Digantung Dua Perlawanan

Penyerang Manchester United, Wayne Rooney digantung dua perlawanan berikutan tindakannya mengeluarkan kata kesat ketika menyambut salah satu daripada tiga gol yang dijaringkannya dalam kemenangan 4-2 ke atas West Ham. "Persatuan Bola Sepak (FA) England hari ini menghukum Wayne Rooney daripada Manchester United kerana penggunaan bahasa kesat, menghina dan menyinggung perasaan berhubung satu insiden sewaktu perlawanan membabitkan pasukannya dengan West Ham United,"...

Monday, April 4, 2011

Rooney Akan Dipanggil Menghadap FA England...

MANCHESTER UNITED, striker Wayne Rooney akan dipanggil hari ini oleh Persekutuan Bola Sepak Inggeris (FA England), apakah ia menghadapi hukuman kerana barkata kotor di hadapan kamera yang sedang fokus terhadapnya selepas berjaya menjaringkan gol ketiga pada di West Ham. Rooney menjerit di hadapan kamera televisyen setelah menyelesaikan hat-trick dalam kemenangan 4-2 comeback yang membolehkan United memimpin Liga Premier dengan kelebihan tujuh mata. Pengarah Persatuan Bola Sepak England Sir Trevor Brooking mengatakan, badan itu akan menyiasat insiden tersebut dan memutuskan apakah akan membawa tuduhan terhadap bintang Inggris saat ini. "Besok akan ada keputusan," kata Brooking terakhir. "Ini adalah sesuatu yang kita akan harus melihat." Walaubagaimanapun Rooney telah mengeluarkan kenyataan pada Sabtu malam di mana Rooney meminta maaf atas secara terbuka kepada FA England di atas kesilapan beliau dengan mengatakan beliau gagal mengawal emosi sejurus menjaringkan gol hatrik buat united.

Glazer: Manchester United ‘Bukan Untuk Dijual’.


Manchester United mungkin akan dijual sekiranya pemiliknya sekarang tak dapat melunaskan hutang tertunggak yang dianggarkan lebih £500 juta (RM2.4 Billion).
Sedikit sejarah tentang kecelaruan Manchester United yang perlu la korang tau ye. Sebelum nama Manchester United ni ada, kelab bola sepak ni menggunakan nama Newton Heath L&YR F.C sekitar tahun 1878. Pada 1901, kelab ni masih sebuah kelab kecil, tak seperti sekarang, tapi ketika itu mempunyai hutang sebanyak £2,500 (RM12 ribu), pada ketika itu, kelab ni diambang kemusnahan sehinggalah diselamatkan oleh John Henry Davies pemilik kilang tempatan. Pada tahun 1902, kelab ni ditukar nama kepada Manchester United sehingga sekarang. Selepas John Henry Davies meninggal dunia, James W. Gibson membeli saham MU ketika MU dalam masalah kewangan, Alan Gibson mengambil alih kelab selepas ayahnya meninggal dunia.
Semakin MU meninggkat naik, ramai usahawan tempatan ingin membeli beberapa saham kelab, salah seorangnya Louis Edwards, sejak itu dia menjadi chairman di dalam kelab. Anak kepada Louis Edwards, Martin Edwards membeli saham daripada Alan Gibson, menjadikan Martin Edwards menjadi pemegang saham terbesar ketika itu, tahun 1980. Edwards menjadi chairman kelab MU, ramai pelabur luar ingin membeli saham kelab, antaranya Robert Maxwell, seorang hartawan media, dengan meletak £10 juta (RM48 juta), sebelum perbincangan bermula, jualan makin merudum sehinggalah Michael Knighton meletakan £20 juta (RM95 juta), tetapi menarik diri disebabkan syarikat dia sendiri mengalami masalah kewangan.
Pada tahun 1990, MU masih bergantung tak bertali,  sehinggalah lembaga kelab menerima tawaran bernilai £623 juta daripada Rupert Murdoch’s British Sky Broadcasting pada tahun 1998, tetapi berjaya dipintas oleh Monopolies and Mergers Commission pada akhir April 1999. Ketika ini Sir Alex Ferguson sudah pun menguruskan kelab MU untuk memiliki treble pada musim 1998/99. Semasa pelabur Magnier and McManus memiliki saham terbesar MU, dorang nak Alex Ferguson berambus daripada kelab, tapi lembaga kelab tidak bersetuju.

KELUARGA GLAZER MULA BERTINDAK
Pada pertengahan 2003, Glazer berjaya membeli saham pertama MU ketika lembaga kelab sedang mencari pelabur baru. Dilaporkan pada 26 September 2003, saham milik Glazer meningkat hingga 3.17%, laporan ini sampai ke lembaga dan khabar angin mengatakan yang Glazer ingin memiliki kelab MU. Pada 20 Oktober 2003, Glazer membeli saham sehingga 8.93%, pada 29 November, meningkat kepada 15%, pada ketika ini, Glazer berjumpa David Gill untuk membincangkan niat untuk memiliki MU. Pada 12 Februari 2004, saham milik Glazer menjadi 16.31%, pada hari berikutnya, diberitakan yang Glazer menyarankan salah satu pelabur MU untuk menjual saham, pada hari itu juga saham Glazer meningkat 5% lagi, jumlah pegangan saham ketika itu bernilai £741 juta. Dipendekan cerita, saham si Glazer terus meningkat, 19% pada Jun, 30% pada Oktober.
MANCHESTER UNITED MENJADI MILIK GLAZER
Setelah berbincang dan mendapat kata putus, Glazer berjaya membeli saham milik J. P. McManus and John Magnier sebanyak 28.7%. Perjuangan Glazer untuk mendapatkan keseluruhan saham masih belum selesai walaupun telah memiliki 58.7% pegangan saham. Saham seterusnya yang berjaya dibeli oleh Glazer adalah daripada usahawan Scotland, Harry Dobson, menjadikan saham dia 62%, dan membeli saham seterusnya dan menjadikan jumlah sahamnya setakat itu 71.8%. Pada tahun 2005, Glazer menjadi pemegang saham terbesar MU, berjumlah £800 juta.
Selepas beberapa tahun Glazer mengambil alih pentadbiran, MU mampu meneruskan kejayaan seperti biasa. Tetapi, tahun ke tahun, hutang Glazer kepada bank antarabangsa meningkat tiada surutnya, menyebabkan peminat fanatik MU menyuruh Glazer keluar daripada MU, dan MU mencari pelabur baru yang dapat menyelamatkan MU daripada kejatuhan. Ada antara peminta MU yang kaya-raya bercadang menjadi pelabur, tetapi lembaga kelab MU menyatakan Manchester United bukan untuk dijual, dan pemilik tidak berminat atas sebarang tawaran.

p/s: Walaupun masalah dalaman MU macam tak ada penghujungnya, orang kuat disebalik ‘kestabilan’ prestasi MU selama ini adalah David Gill dan Sir Alex Fegurson, tahniah dan teruskan kejayaan.

Sentiasa Bermotivasi, Rahsia Manchester United Menang Mengatasi West Ham.

Berbatov after scoring goal

We just never give in – Kami tidak pernah berserah
Itulah antara reaksi seorang pengurus atau jurulatih pasukan gergasi eropah, Sir Alex Ferguson yang sentiasa dahagakan kemenangan dan akan memastikan anak-anak buahnya sentiasa bermotivasi di atas padang walau apa pun situasi.
Pada jam 7.50 ptg 2 April 2011, berlangsungnya perlawanan antara West Ham dan Manchester United. Sebagai penyokong Man Utd, sememangnya aku inginkan pasukan aku ni menang, tapi bila lihat keadaan padang di stadium lawan yang tak berapa sempurna aku berharap pasukan Man Utd dapat melakukan tugas dengan sempurna.
Episod malang bermula apabila jaringan pertama oleh pasukan west ham hadir apabila kesilapan Evra mengangkat tangan sekaligus bola lambungan pihak lawan terkena tangan dan menghadiahkan sepakkan penalti dan di ikuti dengan jaringan kedua kontroversi yang melihat kan Vidic menjatuhkan pihak lawan di luar kotak Penalti, tetapi pengdil perlawanan menghadiah kan sepakkan penalti kontroversi yang melihatkan Man Utd ketinggalan mudah 2 gol tanpa balas. Memang malang, kemungkinan besar pasukan West Ham akan menggunakan taktik bertahan pada separuh masa kedua..
Separuh masa pertama West Ham 2 – Manchester United 0

Separuh masa kedua bermula dengan pertukaran pemain Man Utd seawal sepak mula separuh masa ke dua, pemain yang dikatakan pembelian berbaloi Ferguson musim ini "Chicharito" dimasukan. Permainan semakin rancak, Man Utd mulai temui sentuhan, setiap hantaran adalah tepat kepada rakan yang lain. AKHIRNYA jaringan pertama Man Utd di jaringkan pertama oleh Wayne Rooney dari hasil bole sepakkan percuma cantik.. Tanpa meraikan jaringan tersebut, Man Utd terus bersedia untuk sepak mula.

Hernandez after scoring goal
Chicharito berjaya menjaringkan gol keempat united.

Seperti kebiasaanya, pasukan Man Utd hanya perlu menjaringkan satu gol untuk mendapat keyakinan untuk menjaringkan gol-gol seterusnya, ya, ini selalu berlaku. Dan Ferguson sekali lagi membuat pertukaran dengan mengeluarkan Park Ji Sung dan memasukkan Dimitar Berbatov selepas jaringan pertama, jaringan kedua dijaringkan sekali lagi oleh Wayne Rooney yang menyambut baik hantaran Antonio Valencia dari kanan padang. Rooney tampak semakin berbisa dan masa. Man Utd terus mengasak, pertahanan West Ham tampak kelam kabut menjaga Berbatov dan Hernandez dengan begitu rapat sekali, sehinggalah Berbatov mendapat bola hantaran jauh, dan dengan penuh kesabaran, Berbatov hampir berjaya menjaringkan gol kemenangan Man Utd iaitu gol ke 22 beliau, tetapi dinafikan oleh Rob Green penjaga Gol West ham United. United yang tak kenal erti mengalah terus mengasak sehinggalah bola hasil dari pembawanya oleh Fabio Da Silva melambungkan bola lalu terkena tangan pemain pertahanan West ham yang menghadiahkan sepakkan penalti kepada United. Rooney mengambil sepakkan tersebut dan dengan tenang menjaringkan Gol penting buat united membolehkan united bangkit dengan jaringan pendahuluan 3 gol. West Ham tampak tidak menjadi selepas ketinggalan dan Dimitar Berbatov menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada dengan melorongkan bola cantik melepasi dua pertahanan West ham dan disambut baik oleh Hernandez untuk gol ke empat sekaligus memastikan kemenangan berpihak kepada United.
Masa penuh West Ham 2 – Manchester United 4

Dibawah adalah kata-kata seorang pengurus (Sir Alex Ferguson) yang sentiasa memotivasikan diri supaya anak-anak buahnya pun turut bermotivasi:
“I have to say, it’s down to the history of the club,” said Sir Alex. “We just never give in. In the first half we were battered. We had a terrible first half, it must be said. We didn’t create anything like we should have been doing. But I know the game is never done.
“We made a change at half-time and chicharito made a tremendous difference. We started to penetrate, we started to play our way and we’ve run out deserved winners in the end. You know fine well that in situations like this we’re going to do something. And it needed something because the first half wasn’t very good at all. But we kept going, we kept playing our football and kept penetrating and got the rewards for that.
“It’s a results industry that we’re in. In the run-in, you’ll get games like tonight. Sometimes maybe we won’t come back, but we always try to come back.

Rooney inspirasi kebangkitan United

Wayne Rooney (kanan) menerima ucapan tahniah daripada rakan sepasukan Darron Gibson (tengah) dan Chris Smalling selepas menjaringkan gol pembukaan Manchester United pada aksi Liga Perdana menentang West Ham di Upton Park, semalam. - AP

LONDON - Wayne Rooney menjaringkan hatrik pertama dalam tempoh 14 bulan untuk Manchester United bangkit daripada ketinggalan dua gol menewaskan West Ham 4-2 semalam.
Kemenangan itu menyaksikan United melebarkan kelebihan di tangga teratas Liga Perdana England, biarpun West Ham pada mulanya nampak lebih berhak untuk menang, apabila menamatkan babak pertama dengan kelebihan dua gol hasil penalti yang disempurnakan Mark Noble pada perlawanan di Upton Park.
Namun Rooney mengetuai kebangkitan dramatik United pada babak kedua.
Ia bermula apabila penyerang itu melakukan sepakan lencung hasil sepakan bebas pada minit ke-65 bagi menghidupkan peluang pelawat sebelum menambah jaringan menerusi rembatan rendah pada minit ke-73.
Kebangkitan skuad Alex Ferguson dilengkapkan lima minit kemudian apabila Fabio Da Silva meluru dari posisi sayap kanan dan merembat bola ke dalam kotak penalti, yang mendorong pertahanan West Ham, Matthew Upson menarik pemain dari Brazil itu.
Pengadil Lee Mason tidak teragak-agak menghadiahkan penalti kepada United dan Rooney menyempurnakan sepakan untuk mengesahkan jaringan hatrik.
Pemain gantian, Javier Hernandez melengkapkan kemenangan 4-2 pasukan pelawat dengan jaringan jarak dekat pada minit ke-84.
Kekalahan itu sukar diterima Hammers yang membantah kerana pengadil tidak melayangkan kad merah kepada ketua pasukan United, Nemanja Vidic.
Pertahanan Serbia itu terselamat untuk terus berada di padang selepas mengasari Demba Ba sejurus sebelum separuh masa, sebaliknya hanya menerima kad kuning.
Vidic sekali lagi menarik nafas lega selepas terselamat daripada dikenakan kad kuning kedua kerana terjahan lewat dari belakang terhadap Ba.
Kekalahan itu merencatkan kebangkitan terkini West Ham dan menyaksikan mereka tersungkur ke zon penyingkiran sekali lagi dengan perbezaan gol. - AFP

ROONEY: JARINGAN GOL PERIBADI KE 101 BERSAMA UNITED..

JARING GOL PERIBADI KE 101 BERSAMA UNITED

Wayne Rooney menyumbat gol Hatrik menarik bagi membantu Man Utd Menewaskan West Ham United dan yang paling membanggakan, Rooney berjaya membuat jaringan peribadi ke 101 sepanjang kariernya bersama United.. Rooney yang nampak agak sugul pada awal musim 2010-2011 tampak menjadi apabila bermula pusingan ke-2 EPL bermula January 2011 yang lalu apabila berjaya menjaringkan gol untuk menutup mulut-mulut pengkritik apabila mengatakan Rooney tidak lagi menyengat seperti musim-musim sebelumnya. Ferguson mengsasarkan hanya 10gol sudah cukup untuk Wayne Rooney pada musim ini. Tetapi dengan kecemerlangan menjaringkan beberapa gol penting sekarang ini, tampak Rooney mampu menjaringkan lebih dari sasaran Ferguson musim ini.




Ferguson Terbayang Juara Liga...

Berbekal kan hanya 7 perlawanan liga sahaja lagi, bukan lah suatu yang mustahil bagi pasukan Man Utd untuk membuktikan mereka ada lah yang terbaik musim ini. Kemenangan Penuh dramatik menentang West Ham membuktikan segalanya. Ketinggalan 2 gol pada babak pertama, kemudian bangkit dengan kemenangan 4 gol di tempat lawan adalah suatu yang sgt membanggakan Ferguson. Sir Alex Ferguson menyatakan beliau amat gembira apabila babak kedua mereka bermain bagaikan Sang Juara. Dengan beberapa pertukaran drastik Ferguson yang mengubah tempoh perlawanan pada babak kedua tampak menjadi dengan memasukkan Hernandez, Berbatov dan Luiz Nani yang tampak berhasil dengan berjaya menggerak kan Rooney untuk memberi jaringan Hatrik yang menarik dan secara peribadinya Rooney telah menghasil kan 101gol bersama United sepanjang bermain dari tahun 2005 hingga kini. Ferguson mengatakan, bermain di stadium keramat West Ham United bukan lah sesuatu yang mudah untuk mencapai kemenangan. Chelsea, Liverpool, Spurs, juga Arsenal pernah tewas di sini, dan rekod kami di stadium ini tidak lah begitu baik. Tetapi anak buah Ferguson membukti kan mereka adalah yang terbaik musim ini dan Ferguson melaungkan Amaran kepada pasukan-pasukan lain bahawa Kejuaraan Liga adalah Milik Manchester United musim ini.

Ferguson Sedia Buat Tawaran Terhadap Young....

Bakal Menerima Gaji 100ribu Pound Seminggu Di Old Trafford

Pemain berbakat England dari yang bermain untuk Aston Villa Ashley Young dikatakan semakin menghampiri Old Trafford selepas Young monolak tawaran kontrak baru Aston Villa yang menawarkan beliau gaji 80ribu pound seminggu. Fergie dikatakan berminat mendapat kan Young yang berpotensi menggatikan tempat Ryan Giggs untuk jangaka masa panjang di united dan juga siap untuk memberikan kontrak dengan tawaran 100ribu pound seminggu. Agen Ashley Young juga dikatakan sedah mengadakan rundingan bersama Sir Alex Ferguson. Man City, Chelsea dan Liverpool juga dikaitkan dengan Ashley Young.

Friday, April 1, 2011

Satu Piala Sudah Cukup~~ Sir Alex Ferguson

Saya Gembira Walau Dengan Satu Piala Musim Ini...

Sir Alex Ferguson berkeras dia akan mempertimbangkan musim yang berjaya jika Manchester United membawa hanya satu piala ke Old Trafford.
 
Pasukan bimbingnya ada peluang untuk menyamai hero-hero United pada 1999 yang pada ketika itu memenangi Treble, Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan Piala FA yang juga masih dilalui oleh mereka.
 
Tetapi pengurus dari Scotland itu berkeras dia akan berpuas hati melihat United membawa hanya satu piala saja.
 
"Kami mempunyai peluang (untuk treble), ini amat sukar. Lebih sukar daripada sebelum ini. Kami akan lakukan yang terbaik," jelas Ferguson.
 
"Saya sentiasa jauhi perasaan begitu, ketamakan memenangi 3 trofi, jika ada satu gelaran besar anda akan gembira dengannya."
 
"Jika ditakdirkan kami hanya menang salah satu trofi besar, saya akan gembira dengannya."
 
United kini teratas dalam liga dengan 5 mata memisahkan dengan musuh tradisi, Arsenal, sementara mereka meneruskan kempen minggu ini selepas perlawanan antarabangsa dengan berkunjung ke West Ham.