Monday, May 9, 2011

Ferguson Berhenti Membida De Gea Untuk Dapatkan Rui Patrico..

Rui Patricio.
Bos-bos Manchester United akan terbang ke Lisbon merundingkan tawaran untuk penjaga gol Sporting, Rui Patricio.

Namun, kelab Portugal yakin mereka sedang digunakan oleh United dalam usaha mereka mendapatkan sasaran utama David de Gea dari Atletico Madrid.

Gergasi Old Trafford menegaskan bahawa itu tidak berlaku dan setakat ini menafikan berita tentang tawaran £18 juta untuk De Gea yang telah diterima oleh Atletico.

Mereka membuat tawaran £7 juta untuk Patricio, yang mana telah ditolak oleh Sporting yang mahukan £12 juta.

Kini mereka akan bertemu pegawai Sporting secara berhadapandi ibukota Portugal dan cuba mencapai persefahaman.

Tomasz Kuszczak, 29, juga menjelaskan dia mahu keluar kerana kurangnya peluang skuad pasukan dan tiada jaminan dia akan menggantikan Van der Sar sebagai pemain regular.

United memiliki penjaga gol antarabangsa Denmark iaitu Anders Lindergaard, 27, yang mereka tandatangani dari kelab Norway, Aalesund pada bulan Januari. Namun dia lebih dianggap selaku pemain sokongan.

Super Sunday Man Utd vs Chelsea.

Bing game for both team, Man Utd vs Chelsea. It will be title decider game for this season. Wah, cakap orang putihla. Sikit-sikit bolehla. Berangan jer nak jadi orang putih.

 VS

 Hari ini adalah hari perlawanan besar untuk Man Utd menentang Chelsea di Theater Of Dream, Old Trafford.


Game Start: 0:00
Goooooooooooooooooaaaal from Chicarito. Minit pertama der...yeeeeehaaaaa. Man Utd 1 - 0 Chelsea.

Goooooooolllllll lagi. Vidic. Minit ke 24. Man Utd 2 - 0 Chelsea. Yabedabeduuuuuuuu.

Half Time: Man Utd 2 - 0 Chelsea.

Gollll from Lampard minit ke 69. Man Utd 2 - 1 Chelsea.

Full Time: Man Utd 2 - 1 Chelsea.
Man United bakal juara BPL ke 19. Hanya memerlukan 1 mata lagi dari 2 perlawanan.